Rabu, 23 Jun 2010

SETIAP KALI

Setiap Kali
Munsyid : Devotees


Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberianMu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa padaMu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan


oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu

kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Ahad, 11 April 2010

JIALAH vol.7 FMJ

Jialah = saguhati buat sesiapa yg menerima tawaran yg terbuka kpd umum.

AL-IJARAH FMJ Vol.6

AL-IJARAH (SEWA.UPAH)

Kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat)

”Fain ardo’na lakum faatuhunna ujurahunna”

RUKUN

1. Pihak yang berkontrak
- waras,n layak
- bkn mahjur alayhi

2. Sighah
- selang masa yg tdk terlalu lama
- penawaran n penerimaan selari
- tidak bersyarat

3. Perkhidmatan (manfaat)
- mestilah mempunyai nilai
- pemilik mampu menyerahkan perkhidmatan tersebut
- khidmat diperolehi oleh pengupah bukan yg duipah ( xsah upah org lain utk solat)
- khidmat (manfaat) disewa bukan bertujuan utk mendapatkan barangan

4. Bayaran sewa atau upah
- byrn mesti yg suci
- byrn yg boleh dimanfaatkan
- mampu diserahkan
- pihak yg berkontrak mempunyai wilayah utk menyerahkannya
- byrn sewa atau upah diketahui

JENIS DAN SYARAT PENYEWAAN

1. SEWA BARANGAN (SEWA)
2. SEWA JAMINAN (UPAH)

DAKWAAN ROSAK ( PENYEWA WILL WIN)

DAKWAAN PEMULANGAN (PEMILIK WILL WIN)

AL-QARDH : FMJ VOL.5

Definisi
Bahasa : potong (hutang)
Istilah : memberi hak milik sesuatu brgn kpd org lain dgn syarat org tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.

Hutang adalah bertepatan dgn syarak,sesiapa yang memerlukannya boleh memintanya.
memberi Hutang adalah sunat.
Meminta hutang adalah harus.

Hukum memberi hutang

1.Haram : jika pemiutang tahu,hutang tersebut akan digunakan utk perkara yang haram.

2.Makruh : jika pemiutang tahu hutang tersebut akan digunakan utk perkara yg tdk bermanfaat atau menunjuk-nunjuk. Atau penghutang tahu dia tidak mampu membayara semula hutang tersebut.

3. Wajib : jika pemiutang tahu bhw org tersebut amat memerlukan hutang tersebut n tiada cara lain.


RUKUN HUTANG

1. Sighah kontrak hutang

2. Pemiutang dan penghutang

- waras
- pilihan sendiri
- pemiutang layak memberi hutang

3. Subjek hutang
-brg mithli blh
-brg qiymi blh.(ditentukan)
-semua yg blh dijual beli,semua blh dijadikan qardh.

4. Syarat Hutang

- kadar hutang diketahui
- hutang mestilah satu jenis dan tdk bercampur dgn jenis yg lain

5.Hutang roti (dibolehkan)

6. Implikasi hutang

- brgn jd hak milik penghutang setelah berlaku penerimaan.
- pemiutang blh tarik balik klu brgn blm digunakan.
- pemiutang blh batalkan kontrak dgn persetujuan penghutang.

Bayaran Hutang

- bayaran mestilah berdasarkan nilai semasa penerimaan.
-jika pemiutang tdk sependapat dgn penghutang dlm menentukan nilai hutang, maka pengakuan PENGHUTANG diterima.

Bilakah hutang dituntut?

- hutang boleh dituntut bila2 masa shj oleh pemiutang
- pemiutang kena bayar jugak.(sama ada dlm kontrak tlh ditetapkan tempoh bayar hutang atau tidak)

Syarat Hutang

1. Syarat yg boleh membatalkan kontrak hutang

- tidak boleh ada disyaratkan pertambahan nilai dlm byrn balik hutang.
- x boleh terima manfaat dlm tempoh hutang kecuali mmg amalan biasa.
- tp klu penghutang bayar balik or bagi lebih pd pemiutang dgn rela hati (tanpa disyaratkan),dibenarkan.

2.Syarat yg tidak diterima pakai dan todak membatalkan kontrak hutang

- sebarang syarat yg dikenakan oleh pemiuytang yang tidak berkaitan dan membawa kebaikan kpd pemghutang sahaja.

3. Syarat tempoh tertentu

- peminta blh tagih hutang bila2 shj jika x ditretapka dlm kontrak.
- jika ditetapkan,ikutla syarat dlm kontrak.
- klu ditetapkan byar hutang ,sehingga tempoh yang mendtangkan manfaat buatr pemiutang,kontrak hutang terbatal.

-klu syarat tempoh yg ditetapkan bukan utk manfaat pemiutang,dibolehkan.

4. Syarat yang perlu dilaksanakan

- pemiutang meletakkan syarat gadaian,penjamin atau saksi bg kontrak tersebut,
- maka,syarat ini wajib dipenuhi oleh penghutang
- jika x,maka kontrak terbatal.

Sabtu, 10 April 2010

FMJ vol.4 JUAL SALAM

DEFINISI : JUAL BELI YANG BARANG BELUM WUJUD
HUKUM ASAL TAK SAH TTP JUMHUR MENGHARUSKAN KERANA MENGIKUT KEPADA MASLAHAH MASYARAKAT.

"MAN ASLAFA FI SYAIIN FAFI KAILI MAKLUMIN WAWAZANIN MAKLUMIN ILA AJALIN MAKLUMIN"

RUKUN

1. AQIDAN
- PEMBELI (MUSLIM)
- PENJUAL (MUSLAM ILAIHI)

2. SIGHAH
-IJAB N QABUL
-KHIYAR SYARAT X BOLEH
-KHIYAR MAJLIS BOLEH

3. MODAL

4. BARANGAN YANG DITEMPAH
- BRGN DIKETAHUI DGN JELAS SIFAT2NYA
- MESTI DIPERHUTANGKAN (ZIMMAH)
- MAMPU DISERAHKAN
- TEMPUH PENYERAHAN PERLU DITETAPKAN

JUAL ISTISNA' : SAH
JUAL BELI RUMAH BERDASARKAN PELAN : SAH

Jumaat, 9 April 2010

FMJ vol.3 KHIYAR

KHIYAR

DEFINISI

PILIHAN YANG DIBERIKAN KEPADA PIHAK YANG BERKONTRAK SAMA ADA INGIN MENERUSKAN ATAU MEMBATALKAN JUAL BELI.

KHIYAR

1. KHIYAR MAJLIS

- Selagi belum berpisah mengikut 'urf
- Hak khiyar hilang bagi sesiapa yg buat keputusan utk tidak khiyar

2. KHIYAR SYARAT
- khiyar berlaku apabila slh seorang atau kedua-duanya menetapkan syarat bahawa dia mempunyai hak utk membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu.

- mesti ditetapkan tempoh tertentu

- tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak

- boleh mensyaratkan khiyar utk pihak ketiga


- khiyar syarat terbatal apabila

* tamat tempoh yg disyaratkan

* jual beli diteruskan n dipersetujui dlm tempoh khiyar

* apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yg biasanya dilakukan oleh pemilik. (namun jika dilakukan oleh penjual,maka kontrak tersebut telah dibatalkan)

Hukum barangan dlm tempoh khiyar syarat

1. Hak milik barangan

2. Kerosakan barangan


3. KHIYAR AIB

khiyar apabila mendapati aib (kecacatan) pd barangan.
man gossyana falaisa minna

Syarat dibenarkan khiyar aib

1. dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada.
2. kecacatan yang boleh menjejaskan barangan
3. pada kebiasaannya ,aib tersebut tidak wujud




Bilakah barangan aib boleh dipulangkan?

- SECEPATNYA SETELAH AIB DIKETAHUI
-TETAPI IKUT 'URF LA JGK...
(klu tahu n sdg solat atau sdg makan...relaxla dlu,,,tp pastu bg pulang,,,klu tahu mlm,,,plgkan esoknya,,,sbb bas zon 6 teda suda..hehe)
- klu tahu,tp saja2 pulangkan lewat2 wlupun mampu plgkan awal,,,so,hak khiyar digugurkan.(pdn muka)
- klu tahu sblm guna,,n mampu tuk pulangkan,,,tp guna jgk 2 benda,,so hak khiyar dia pon digugurkan (pdn muka kuasa 2)



PERTAMBAHAN AIB PADA BARANGAN YANG CACAT


Pertambahan aib pd brgn yang tidak boleh dipisahkan,so pulangkan semua.
Pertambahan aib pd brgn yg berasingan, so, pulangkan yg sebahagian shj.

KECACATAN TAMBAHAN KEPADA KECACATAN SEDIA ADA
(gaduhla,,sepa menang)
SYARAT TIADA CACAT CELA
(gaduhla,sepa menang)

FMJ al-Bay vol. 2

AL - BAY' - JUAL BELI

TAKRIF

1. Pertukaran sesuatu dgn sesuatu, sama ada kedua-duanya adalah dlm bentuk benda atau bukan benda.

2. Akad yg merujuk kpd pertukaran seseuatu harta dgn sesuatu harta yg lain bagi tujuan pemilikan harta kekal.

DALIL

1. WA AHALLULLAH ALBAI'A WAHARROMA ARRIBA..

RUKUN

1. Akidan

- waras, baligh, berakal, n blh menguruskan harta dgn baik
- bebas membuat pilihan ketika berkontrak
- penjual n pembeli adalah individu yang berlainan
- boleh melihat

2. Sighah

- selang masa yg tdk lama
- persamaan makna akad
- tanpa taklik (tempoh masa)

3. Ma'qud alayhi

- wujud
- bernilai
- bermanfaat
- mampu diserahkan
- mutlak tasarruf
- diketahui

FMJ vol.1 al-bai'

Al-bai'

Syarat

1. Ijab Qabul (aku jual - aku beli)
(aku beli - aku jual)
(jualkan kpdku - aku jual kpdmu)
(blh lafaz kinayah dgn niat)
selang masa antara ijab n qabul tdk terlalu lama ttp mengikut 'urf

2. Akidan (2 pihak yg berjual beli)

- baligh
- berakal
- bkn hamba
- bkn yg disekat drpd mengurus hartanya
- bkn yg dipaksa
- blh jual beli dgn hamba yg disuruh oleh tuannya utk berniaga (muamalat dgn hamba x boleh, sbb dirinya n hartanya semua adalah milik tuannya
- jgn jual al-quran pd org bkn islam
- jgn jual senjata pd kafir harbi

4. Khiyar

- pilihan kpd penjual n pembeli sama ada ingin meneruskan atau membatalkan akad jual beli
- khiyar selama 3 hari
- khiyar majlis selagi belum berpisah
- klu penjual membatalkan hak khiyarnya,maka hnya pembeli ada hak khiyar
- klu pembeli batalkan hak khiyarnya,hnya penjual shj ada hak khiyar.

Syarat al-mabi' (brg yg dijual)

- suci n bermanfaat
- mampu diserahkan
- dimiliki oleh penjual
- atau dijual oleh naib pemilik yang diberi kuasa utk menjual
- x sah jual beli benda najis spt anjing, atau benda yg terkena najis yg tak mampu disucikan spt susu.
- x sah jual beli brg yg tak bermanfaat
- x sah jual beli alat muzik yg diharamkan
- x sah jual brg yg tak mampu diserahkan kpd pembeli spt hamba yg lari ,burung di udara
- xsah jual separuh drpd zat sesuatu yg menghilangkan fungsinya spt jual sbhgn drpd sebilah pedang
- x sah jual brg gadaian tanpa izin al-murtahin (pemegang gadaian)
- x sah jual beli fuduli
- x sah jual sesuatu yg tak ditentukan (jual slh seorang drpd dua hamba)
- x sah jual sesuatu yg xdpt dilihat 'aku jual apa yg ada di blkg aku ini"

Isnin, 5 April 2010

Hakikat Bahagia - UNIC

Assalamualaikum pd semua...tiada apa untuk dilakarkan,,,hanya ingin menyatakan sedikit pandangan terhadap lirik nasyid. Sahabat2 ingat lagi tak lirik nasyid unic bertajuk hakikat bahagia?

Bagi saya ,seorang yang suka menganalisis makna lirik nasyid, semestinya saya mempunyai pandangan dan tafsiran sendiri tentang makna lirik tersebut.

Lagu ini "hakikat bahagia" menceritakan kepada kita apa sebenarnya makna bahagia menurut pandangan penulis liriknya. sejauh mana anda bersetuju atau tidak, itu terpulang pada anda.

Pada lirik lagu ini terdapat ayat yang berbunyi

" Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan.."

Semua lirik di atas mengingatkan bahawa erti kebahagiaan itu adalah bersyukur dengan cara berkongsi kekayaan yang dimiliki dengan orang lain yang memerlukan.

Bahagia itu juga adalah amanah terhadap jawatan dan kuasa yang dipegang dan tidak sesekali alpa apabila mengecapi sesebuah kejayaan.

Dan yang paling membuat saya terkesan ialah "bila sihat tidak lupakan Tuhan"

Ayat ini mengingatkan kita supaya tidak "melupakan" Tuhan ketika kita dalam keadaan sihat.

Bila difikirkan, siapalah kita ini untuk memilih sama ada ingin melupakan atau mengingati Tuhan? dalam sihat atau sakit? atau dalam apa jua keadaan sekalipun?

Adakah lirik ini ditulis semata-mata untuk menyeru kita supaya mengingati Tuhan sewaktu kita sihat mahupun sakit?..

ataupun adakah lirik lagu ini bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa kita ini adalah amat jauh dan sering melupakan Allah ketika kita sihat dan hanya mengingatinya ketika sakit?..

Pada pandangan saya lirik lagu ini membawa kita untuk sentiasa mengingati dan bersyukur kepada Allah sama ada ketika kita sihat mahupun sakit. Ia juga seakan-akan mengingatkan supaya kita tidak sesekali melupakan Allah ketika sihat dan berada dalam nikmat.

Ahad, 7 Mac 2010

Program Motivasi Jabatan Syariah

Sebulan yang lalu, iaitu pada 7 februari 2010, saya telah menghadiri program motivasi Jabatan Syariah di Bilik senat, Bangunan Canselori,UKM (wah,macam dalam parlimen).Program ini dianjurkan oleh para pensyarah di Jabatan Syariah.Rasa sangat terharu kerana para pensyarah di Jabatan Syariah sanggup turun padang semata-mata untuk memberi tunjuk ajar pada anak-anak didiknya iaitu para mahasiswa tahun 1.2.dan 3, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam,UKM.

Firstly,program hari tu dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof.Nasran bin Mohammad.Dalam ucapan perasmiannya,beliau sempat menyatakan tujuan program motivasi tersebut dianjurkan iaitu untuk merapatkan ukhwah antara mahasiswa dengan para pensyarah. Kami selaku pelajar berasa amat terharu dan menyokong usaha ini. Hakikatnya,ukhwah antara pelajar syariah dengan para pensyarah syariah adalah rapat dimana pensyarah-pensyarah sentiasa prihatin terhadap kami dan sentiasa dedikasi dalam memberi tunjuk ajar.

Beliau juga sempat mengingatkan bahawa sesebuah persatuan mahasiswa sama ada fakulti atau jabatan sebenarnya bertanggungjawab sebagai jurucakap atau penghubung antara para mahasiswa dengan pihak atasan.

Seterusnya, ceramah motivasi disampaikan oleh seorang pensyarah dan juga seorang penceramah yang hebat, Us. Izhar Ariff bin Mohd. Kashim. Antara pengisiannya :

1.Tiada istilah malu bertanya dalam menuntut ilmu walaupun kita telah mencapai tahap pendidikan yang tinggi.

2.Perlu tanamkan persepsi bahawa semakin banyak kita membaca,adalah bermakna semakin kita sedar bahawa banyak lagi ilmu yang tidak kita ketahui.oleh itu tiada peluang bagi sikap takbur itu berada dalam diri kita.

3.Kita mestilah menanam rasa minat pada ilmu. Di masjid terutamanya terdapat begitu banyak program ilmiah. Terpulang pada kita sahaja sama ada ingin merebutnya atau tidak.

4.Kita juga seharusnya sentiasa rapat dan bersama dengan para ilmuwan (pensyarah) supaya kita dapat berkongsi ilmu yang mereka ada.

5. Imam Ghazali ada mengatakan bahwa terdapat 2 golongan yang tertipu dengan ilmu (al-gharar) iaitu
i.Org yang sombong dengan ilmunya
ii. Orang yang malu untuk menuntut ilmu

6.Bagaimana utk melahirkan mukmin yang bersahsiah?
i. Memupuk akidah islam yang mantap dalam diri.
ii. Menjadikan al-Quran sebagai sahabat.
iii. Ikhlas dalam semua urusan khususnya dalam menuntut ilmu.
iv. Amanah dan bertanggungjawab. Bebas mengeluarkan pendapat asalkan
berasaskan kepada dalil yang kukuh.
v. Menghormati guru. Jauhi sikap sombong dan cuba hormati pandangan
orang lain.
vi. Berakhlak dengan akhlak Islam. (Menutup aurat dan memastikan
perwatakan kita berdasarkan kepada apa yang digariskan dalam
Islam).

vii. Menjaga dan menepati masa.

Khamis, 4 Mac 2010

Kembali Bersinar

Awan hitam yang suram
Kian menyelubungi hariku
Sebentar lagi hujan pasti membasahi bumi
Walau lebat mana hujan membasahi hariku
Aku tetap akan meneruskan langkahku
Sebentar lagi hujan pasti berhenti
Bebunga di halaman akan kembali mekar mewangi
Seharum sedamai kasih Ilahi
Dan mentari hariku
Kan bersinar kembali

Ahad, 14 Februari 2010

Rona Cinta

Sejauh jalan yang telah aku lalui
Selama masa yang telah aku tempuhi
Sedalam laut yang telah aku selami
Setinggi gunung yang telah ku daki

Seribu ragam telah pun aku temui
Sejuta rasa ku telan dengan berani
Namun telahkah ku kenal diri sendiri
Semuanya kan terjawab di sini

Indahnya rona cinta
Kurnia Maha Esa
Namun tak ingin ku jadi terleka
Kerana segalanya sementara

PadaMu Tuhan aku sandarkan
Cita-cita dan impianku di sini
Tapi tak mahu diri tertipu
Kerana SyurgaMu lebih indah warnanya

Setelah kenal siapa diri sendiri
Rupanya hidup pinjaman dari Ilahi
Kan tiba saat untuk ku pulangkan kembali
Bertemu rona cinta yang abadi

Sabtu, 6 Februari 2010

Analisis Lirik Nasyid

RIMBUN KEAMPUNAN - HIJJAZ

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Kukutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan kumemohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Kuanggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Kuminta diberikan sejenak kesempatan
Untukku ulangi kembali langkah pertama
Kepahitan yang kurasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkanku insan memerlukanMu oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
Kucari kejernihan di segenap ruang maya
Masih kusedar ku sedang diperhatikanMu oh Tuhan

Khamis, 28 Januari 2010

Asar belum berakhir

Tersedar aku dari lena
Tatkala asar menjengah maghrib
Lantas aku menjenguk ke luar sana
Langit petang kelihatan tenang

Mataku mencari di sekeliling kamar
Kelibat manusia bernama teman
Pandanganku kosong tanpa dia disitu
Sedarlah aku rupanya aku sendirian

Lantas hati terasa sebak
Merasa sendirian dalam kehidupan
Akukah sebenarnya yang ditinggalkan teman
Atau akukah yang berkecuali dalam kehidupan

Jam tangan kucapai untuk melihat waktu
Rupanya asar dah lama bermula
Sebentar lagi maghrib pula menjelma
Kefardhuan Asar masih belum kulaksana

Syukur aku kepada Tuhan
Kerana masih lagi diberi kesempatan
Untuk kutunaikan segala kefardhuan
Sedangkan yang lain masih lagi lena
Dan terus lena tanpa disedarkan

Ahad, 24 Januari 2010

kerusi

salam istiqamah buat semua..

Ana ada nak cerita sikit ni,,waktu kuliah kepimpinan dan pengurusan minggu lepas,ana masuk ke dewan kuliah dan duduk di hadapan.Suasana agak riuh-rendah oleh suara hingar-bingar sahabat-sahabat lain yang baru masuk ke dewan kuliah walaupun pensyarah dah ada di hadapan.

Pensyarah ana pun cuba menenangkan keadaan. Beliau berkata "sesiapa yang dah ada kerusi tak perlu kecoh,yang perlu kecoh adalah yang masih belum dapat kerusi lagi". Ana lantas terfikir mengapa pensyarah berkata tentang hal yang remeh-temeh seperti itu.

Pensyarah ana berkata lagi "bagi sesiapa yang dah dapat kerusi,buat yang terbaik selaku orang yang ada kerusi"..Ana terfikir lagi,tentu ada sesuatu disebalik kata-kata pensyarah itu tadi.

Apa yang dapat ditanggap oleh akal ana yang lemah ini adalah kita perlulah berjuang untuk menjadi pemimpin yang terbaik. Sekiranya kita berjaya mendapat sesuatu kedudukan, maka kita perlu menunaikan sebaik-baiknya amanah yang diberi.

Khamis, 21 Januari 2010

JUJUR OR MUNAFIQ?

SALAM BUAT SEMUA,,

SEBAGAI TITIPAN PERTAMA BAGI TAHUN INI,,ANA NAK BERCAKAP SEDIKIT TTG APA YANG ANA FIKIRKAN.SIANG TADI,SEWAKTU KULIAH USUL FIQH,USTAZ ANA ADA BAGI SEDIKIT NASIHAT BUAT RENUNGAN. USTAZ ANA BERCERITA TTG SIFAT JUJUR,PERASAAN JUJUR ATAUPUN SIKAP KEJUJURAN YANG SEPATUTNYA ADA DALAM DIRI KITA.

1. SEBAGAI HAMBA ALLAH....KITA SEPATUTNYA JUJUR PADA TUHAN,DALAM KATA LAIN KITA PERLU IKHLAS PADA TUHAN.MARI KITA SEMAK DIRI KITA,JIKA BENAR KITA IKHLAS DAN JUJUR PADA TUHAN,IBADAH YANG KITA LAKUKAN PADANYA SEPATUTNYA BENAR-BENAR MENDEKATKAN KITA KEPADANYA.IBADAH SEMAKIN BERTAMBAH,IMAN SEMAKIN TEGUH,TAQWA SEMAKIN MENINGKAT,RASA BERTUHAN SEMAKIN MENEBAL DAN MEMGIRINGI SETIAP HELAAN NAFAS KITA.TETAPI,SEANDAINYA HARI KE HARI KITA SEMAKIN JAUH DARIPADANYA,SEMAKIN MELUPAKANNYA,TENTUNYA ADA SESUATU YANG TAK KENA.MAKA,SUATU KOREKSI DIRI PERLU DILAKUKAN.

2. SEBAGAI SEORANG ANAK....SEBAGAI SEORANG ANAK PASTINYA KITA MENJADI HARAPAN KELUARGA.PADA KITA DISANDARKAN HARAPAN DAN DOA AYAH IBU YANG SANGAT MENGHARAPKAN KEJAYAAN KITA. MENGHARAPKAN ANAKNYA AKAN MENJADI ORANG YANG BERILMU DAN DAPAT MEMANFAATKANNYA. IBU DAN AYAH PASTINYA SENTIASA MEMBERI PESANAN KEPADA KITA "BELAJAR BAIK-BAIK YE NAK".KITA PUN SERAYA MENJAWAB "YE MAK,ANGAH AKAN BELAJAR BAIK-BAIK".TANPA KITA SEDAR,DISINI BERLAKUNYA SUATU "JANJI". PERSOALANNYA,SEJAUH MANA KITA BENAR-BENAR BERPEGANG PADA JANJI KITA.MUNGKIN MEMANG BENAR KITA MENGHADIRI KULIAH ,TUTORIAL ATAU SEBAGAINYA.NAMUN,SEJAUH MANA KITA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MENUNTUT ILMU. SEBAGAI CONTOH,ASSIGNMENT YANG TELAH LAMA DIBERI OLEH PENSYARAH.ADAKAH KITA SEDANG ATAU TELAH BENAR2 MENGUSAHAKAN UNTUK MELENGKAPKANNYA?
SEKIRANYA KITA MASIH BELUM MULA MENYIAPKANNYA ATAU SAMBIL LEWA,INI BERMAKNA KITA MASIH BELUM IKHLAS DALAM MENUNTUT ILMU,KITA MASIH TIDAK JUJUR PADA AMANAH IBUBAPA,KITA MASIH BELUM BERPEGANG PADA JANJI KITA.

AGAK BANYAK BERCELOTEH,ANA TINGGALKAN ANTUM DENGAN PERSOALAN INI.JUJURKAH KITA? ATAU KURANG JUJURKAH KITA?.NAMUN, ADA YANG MENGATAKAN JUJUR ITU ADALAH JUJUR YANG SEBENAR-BENARNYA.MAKA,SELAIN DARIPADA JUJUR ITU ADALAH DUSTA.MANAKALA,DUSTA ITU ADALAH SIKAP ORANG MUNAFIQ.WALLAHU A'LAM.