Isnin, 5 April 2010

Hakikat Bahagia - UNIC

Assalamualaikum pd semua...tiada apa untuk dilakarkan,,,hanya ingin menyatakan sedikit pandangan terhadap lirik nasyid. Sahabat2 ingat lagi tak lirik nasyid unic bertajuk hakikat bahagia?

Bagi saya ,seorang yang suka menganalisis makna lirik nasyid, semestinya saya mempunyai pandangan dan tafsiran sendiri tentang makna lirik tersebut.

Lagu ini "hakikat bahagia" menceritakan kepada kita apa sebenarnya makna bahagia menurut pandangan penulis liriknya. sejauh mana anda bersetuju atau tidak, itu terpulang pada anda.

Pada lirik lagu ini terdapat ayat yang berbunyi

" Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan.."

Semua lirik di atas mengingatkan bahawa erti kebahagiaan itu adalah bersyukur dengan cara berkongsi kekayaan yang dimiliki dengan orang lain yang memerlukan.

Bahagia itu juga adalah amanah terhadap jawatan dan kuasa yang dipegang dan tidak sesekali alpa apabila mengecapi sesebuah kejayaan.

Dan yang paling membuat saya terkesan ialah "bila sihat tidak lupakan Tuhan"

Ayat ini mengingatkan kita supaya tidak "melupakan" Tuhan ketika kita dalam keadaan sihat.

Bila difikirkan, siapalah kita ini untuk memilih sama ada ingin melupakan atau mengingati Tuhan? dalam sihat atau sakit? atau dalam apa jua keadaan sekalipun?

Adakah lirik ini ditulis semata-mata untuk menyeru kita supaya mengingati Tuhan sewaktu kita sihat mahupun sakit?..

ataupun adakah lirik lagu ini bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa kita ini adalah amat jauh dan sering melupakan Allah ketika kita sihat dan hanya mengingatinya ketika sakit?..

Pada pandangan saya lirik lagu ini membawa kita untuk sentiasa mengingati dan bersyukur kepada Allah sama ada ketika kita sihat mahupun sakit. Ia juga seakan-akan mengingatkan supaya kita tidak sesekali melupakan Allah ketika sihat dan berada dalam nikmat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan