Ahad, 7 Mac 2010

Program Motivasi Jabatan Syariah

Sebulan yang lalu, iaitu pada 7 februari 2010, saya telah menghadiri program motivasi Jabatan Syariah di Bilik senat, Bangunan Canselori,UKM (wah,macam dalam parlimen).Program ini dianjurkan oleh para pensyarah di Jabatan Syariah.Rasa sangat terharu kerana para pensyarah di Jabatan Syariah sanggup turun padang semata-mata untuk memberi tunjuk ajar pada anak-anak didiknya iaitu para mahasiswa tahun 1.2.dan 3, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam,UKM.

Firstly,program hari tu dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof.Nasran bin Mohammad.Dalam ucapan perasmiannya,beliau sempat menyatakan tujuan program motivasi tersebut dianjurkan iaitu untuk merapatkan ukhwah antara mahasiswa dengan para pensyarah. Kami selaku pelajar berasa amat terharu dan menyokong usaha ini. Hakikatnya,ukhwah antara pelajar syariah dengan para pensyarah syariah adalah rapat dimana pensyarah-pensyarah sentiasa prihatin terhadap kami dan sentiasa dedikasi dalam memberi tunjuk ajar.

Beliau juga sempat mengingatkan bahawa sesebuah persatuan mahasiswa sama ada fakulti atau jabatan sebenarnya bertanggungjawab sebagai jurucakap atau penghubung antara para mahasiswa dengan pihak atasan.

Seterusnya, ceramah motivasi disampaikan oleh seorang pensyarah dan juga seorang penceramah yang hebat, Us. Izhar Ariff bin Mohd. Kashim. Antara pengisiannya :

1.Tiada istilah malu bertanya dalam menuntut ilmu walaupun kita telah mencapai tahap pendidikan yang tinggi.

2.Perlu tanamkan persepsi bahawa semakin banyak kita membaca,adalah bermakna semakin kita sedar bahawa banyak lagi ilmu yang tidak kita ketahui.oleh itu tiada peluang bagi sikap takbur itu berada dalam diri kita.

3.Kita mestilah menanam rasa minat pada ilmu. Di masjid terutamanya terdapat begitu banyak program ilmiah. Terpulang pada kita sahaja sama ada ingin merebutnya atau tidak.

4.Kita juga seharusnya sentiasa rapat dan bersama dengan para ilmuwan (pensyarah) supaya kita dapat berkongsi ilmu yang mereka ada.

5. Imam Ghazali ada mengatakan bahwa terdapat 2 golongan yang tertipu dengan ilmu (al-gharar) iaitu
i.Org yang sombong dengan ilmunya
ii. Orang yang malu untuk menuntut ilmu

6.Bagaimana utk melahirkan mukmin yang bersahsiah?
i. Memupuk akidah islam yang mantap dalam diri.
ii. Menjadikan al-Quran sebagai sahabat.
iii. Ikhlas dalam semua urusan khususnya dalam menuntut ilmu.
iv. Amanah dan bertanggungjawab. Bebas mengeluarkan pendapat asalkan
berasaskan kepada dalil yang kukuh.
v. Menghormati guru. Jauhi sikap sombong dan cuba hormati pandangan
orang lain.
vi. Berakhlak dengan akhlak Islam. (Menutup aurat dan memastikan
perwatakan kita berdasarkan kepada apa yang digariskan dalam
Islam).

vii. Menjaga dan menepati masa.

Khamis, 4 Mac 2010

Kembali Bersinar

Awan hitam yang suram
Kian menyelubungi hariku
Sebentar lagi hujan pasti membasahi bumi
Walau lebat mana hujan membasahi hariku
Aku tetap akan meneruskan langkahku
Sebentar lagi hujan pasti berhenti
Bebunga di halaman akan kembali mekar mewangi
Seharum sedamai kasih Ilahi
Dan mentari hariku
Kan bersinar kembali