Khamis, 4 April 2013

Nak share sikit....

hari ni saya baca satu blog orang lain.... dan saya selalu jugak tengok youtube yang dia buat.... walaupun santai, tp byk makna dan banyak idea baru lagi bernas untuk kita. kemudian , saya teringat pulak tentang kewujudan blog saya.. yang dah lama bersawang lelabah ni...hehe.. better saya isi dgn post-post yang bermanfaat... betul x?... So, here we begin.... Arahan Amalan JKSM No.1 Tahun 2003 Penggunaan Lafaz Sumpah Istizhar dalam kes Mal. Nak dijadikan cerita, ini adalah Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh JKSM...(Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).. bagi yang tak tahu tu, Arahan amalan ni sama macam pekeliling la yang dikeluarkan oleh sesuatu jabatan/organisasi tu untuk memberi panduan jelas tentang pelaksanaan apa-apa arahan la.... ,senang citer, dia mcm satu guideline la... So, saya nak bawa korang semua untuk tahu dan faham tentang isi kandungan atau pun intipati Arahan Amalan tersebut yang bunyinyerr camni.... "JKSM menerimapakai amalan penggunaan sumpah istizhar dalam kes mal dengan ketidakhadiran Defendan dan Mahkamah telah mendengar semua keterangan dan hujah Plaintif dan sebelum membuat keputusan Mahkamah hendaklah memerlukan Plaintif mengangkat sumpah istizhar" Jadi apa yang perlu kita faham ialah : Dalam kes-kes di Mahkamah Syariah di Malaysia, adakalanya terdapat kes dimana pihak Defendan tidak hadir atau memang dah ghaib tanpa berita..dah cuba track pun xjumpa jugak.... Dalam keadaan camnie, Plaintif boleh memohon kepada Mahkamah supaya membuat penghakiman kerana ingkar. (Judgement in Default). Berhubung Ketidakhadiran Defendan, ia dah diperuntukkan dalam seksyen 121 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Senang cerita, kalau Plaintif failkan kes, then Defendan memang tak datang, atas sebab ghaib, atau saja sorokkan diri ke,,,,memang enggan ke...jadi, Hakim boleh je putuskan kes sebagaimana yang dipohon oleh Plaintif. Tapi ada prosedurnya jugak la,,,, First, Mahkamah perlu mendengar dahulu semua keterangan dan hujah Plaintif terlebih dahulu... lepas tu Mahkamah perlu arahkan Plaintif melafazkan sumpah istizhar .. Lepas Plaintif sumpah istizhar , so baru mahkamah leh berikan keputusan..

Isnin, 19 September 2011

1st Entry for this New Brand Semester

Salam...alhamdulillah..dengan rahmat inayah dr Tuhan, dapat jugak saya meneruskan pengajian di semester ini....semester ini, saya dh bergelar Tahun 3. .hehe...final year student la katakan...(ada sape2 yg sama dgn saya x? angkat tgn k!!!...)

Alhamdulillah...result sem lepas menunjukkan ada peningkatan ,,,ada hasil bagi sedikit usaha yg dilakukan...hopefully biiznillah...this sem there will be more improvements in my result...macam tu jugak dgn kawan2 saya...bila tgk dean list,,ramai jugak bdk course saya yg naik...

Nak dijadikan cerita..sem ni saya ambil 5 subjek undang2 perbandingan...spt undang2 tort perbandingan,,,(nak tahu apa tu "tort"..?..ermmm...nantilah saya bgtahu,,,sekarang ni saya tak habis baca agi buku pasal tort nie....selain tu saya amik undang2 keluarga perbandingan,,undang2 acara sivil perbandingan,.,,undang2 acara jenayah perbandingan...dan jugak undang2 pentadbiran pusaka,wasiat & wakaf ..nak tahu x ,,??? pusaka, wasiat dan wakaf nie macam adik beradik tau,,,diorang xpernah dipisahkan...tapi malangnya si pusaka ni tak ada pun dibuat atau digubal mana2 statut perundangan yang sah tentang si pusaka ni,.,,,tapi kalau wasiat dan wakaf, kita boleh je rujuk enakmen wasiat dan wakaf negeri2...nak tau x kenapa statut ttg pusaka tak ada lagi sehingga sekarang?...ok la,,,sebanarnya saya pun x belajar lagi kenapa....cerintanya panjang,,,tapi apa yang penting kita kena tahu bahawa bagi kes - kes pusaka di mahkamah syariah sehingga kini merujuk kepada fiqh mazhab Syafie...faham x kekawan?....

selain tu,,, saya amik gak subjek U3,,iaitu HAk Asasi Manusia...kenapa saya amik subjek ni?...hehe sebenarnya saya minat jugak kalo sebut pasal hak asasi ni... mgkin inilah kelebihan amik Pengajian am time stp dlu...dh ada dh sedikit sebanya pendedahan tentang Perlembagaan, hak asasi, deklarasi PBB,,,& macam2 lagi...Orang kata subjek ni susah,,,tapi,,, saya tak kisah,,,sebab sya suka nak belajar!!! bagi saya ilmu ttg nibukan shj sekadar dlm kulaih,,tapi penting & berguna untuk kita tahu...sekarang ni pulak ada satu kes yang berlaku kat Mal;ysia ni...iaitu kes Pelariah Sah dari Xinjiang China...Saya tak tahu sangat pasal kes ni, tapi saya akan cari maklumat tentang kes ni...lagi pun saya nak bauat satu projecr paper tantang isu ni dan kaitannya dengan UNHCR...Apa tu UNHCR?...saya pun x ingat daha...ta[pi saya akan rujuk selepas ni...hehehe...

ok la...ini shj entri pertama sem ni...Semoga saya akan lebih rajin lagi untujk memasukkan dan berkongsi maklumat dengan rakan bloggers di luar sana....

Ahad, 6 Mac 2011

kuasa budaya

Kuasa Budaya

1. mencipta perpaduan dalaman.

2. membantu organisasi mengadaptasi dengan persekitaran luaran.

Budaya yang kukuh vs budaya yang lemah.

1. Berlaku apabila hanya sebilangan kecil anggota yang menerima nilai & norma tertentu dalam mengawal.

Sifat2 budaya yang kukuh :

1. cara berfikir yang sempit.

2. menentang perubahan

3. persekitaran dalam yang dipolitikkan.

4. amalan kenaikan pangkat yang tidak sihat.


sifat-sifat budaya yang lemah :

1. merupakan organisasi yang berorientasikan hasil dan mewujudkan keadaan yang menimbulkan tekanan membina utk pekerja memberikan yang terbaik.

2. ciri-ciri :

- Alat / mekanisme utk mengukuhkan budaya

- Sangat berorientasikan manusia.

- berorientasikan hasil

- penekanan kepada pencapaian & kecemerlangan.

Cara penilaian budaya berprestasi tinggi

1. Nilai & prinsip yg diwarwarkan dan diamalkan oleh pemimpin.

2. Sikap & tingkahlaku pekerja atau ahli organisasi.

3. Polisi & piawai etika yang diamalkan.

4. Tokoh-tokoh yang dinobatkan sbg wira dlm organisasi tersebut.

5. Persekitaran kerja.

6. Kisah-kisah yang disebut mengenai peristiwa dalam sejarah organisasi.

Taktik-taktik mempengaruhi

1. Memujuk secara rasional ( rational persuasion )

- pemimpin kemukakan alasan-alasan yang logik dan bukti-bukti yang kukuh bahawa mengubah tingkahlaku akan menjamin objektif akan tercapai.

- tidak ada ganjaran yang jelas dijanjikan, tetapi rasa positif & berjaya bila objektif dapat dicapai.

- sesuai dgn pengikut yang mudah dipengaruhi berdasarkan pemikiran berbanding emosi.

2. Rayuan secara inspirasi ( Inspirational Appeal )

- pemimpin mengkobarkan semangat pengikut melalui faktor-faktor yang ada dalam diri pengikut seperti sisitem nilai, idealisme & aspirasi.

- pemimpin juga menunjukkan rasa yakinnya terhadap pengikut sbg usaha meningkatkan semangat dan emosi mereka.

- tiada ganjaran yang jelas dijanjikan , hanya ras apositif bila ibjektif dicapai.

- sesuai dgn mereka yang mudah dipengaruhi berdasarkan pemikiran bukan emosi.

3. Berunding atau meminta pendapat ( Consultation )

- Pemimpin menunjukkan tingkahlaku berpusatkan kerja dan pengikut yang tinggi untuk mencapai objektif.

- taktik ini dugunakan untuk mendapatkan komitmen.

4. Mengampu ( Ingratiation )

- beramah mesra dgn pengikut dan memuji mereka sebelum meminta mereka melakukan sesuatu kerja.

5. Pendekatan peribadi ( personal appeal )

- rayuan berdasarkan kesetiaan atau persahabatan utk mencapai objektif.

6. Pertukaran ( exchange )

- Pemimpin tawarkan ganjaran kerana menolong beliau mencapai objektif yang ditetapkan.

7. Perikatan / gabungan ( coalition )

- pemimpin menggunakan pertolongan orang lain untuk memujuk pengikut mencapai objektif.

8. Autoriti sah ( Legitimization )

- pemimpin bergantung kepada autoriti sah dari dalam organisasi untuk memberi arahan yang munasabah dan pengikut perlu mematuhinya.

9. Tekanan ( pressure )

- berikan amaran & ugutan tentang tidakan disiplin

- tegas memberi peeingatan berulang-ulang.

- sentiasa memantau kemajuan kerja

- sesuai digunakan terhadap pengikut yang kematangannya rendah.

K.E.P.I.M.P.I.N.A.N.

Definisi kepimpinan : Proses pemimpin mempengaruhi pengikutnya bagi mencapai objektif organisasi.

Pengaruh : Proses yang memberi kesan dan seterusnya membawa perubahan kepada sikap dan tingkahlaku dalam usaha mencapai sesuatu objektif.

Cara : Pemimpin perlu menyampaikan idea kepada pengikut dan berusaha untuk meyakinkan pengikut dan memotivasikannya untuk mengimplementasikan idea tersebut.

Proses mempengaruhi :

1. Instrumental Compliance- pengikut mematuhi arahan kerana ingin ganjaran atau mengelakkan denda.

2. Internalisasi
- pengikut terpengaruh kerana idea yg dibawa oleh pemimpin mempunyai persamaan dengan nilai, sistem kepercayaan dan imej mereka.

3. Identification- Pengikut komited untuk meniru dan menggembirakan pemimpin. Sekiranya hubungan dengan pemimpin tidak lagi penting maka pengaruh pemimpin akan hilang.

Hasil dari proses mempengaruhi :

1. Komitmen
2. Pematuhan
3. Penentangan

Rabu, 2 Mac 2011

Konsep Pemikiran Islam Semasa

Definisi "pemikiran" , "islam', "semasa"

Dari sudut bahasa :


: Fikir atau pikir
: think , idea
: fakkara, fikrah, fikriyyun

Islam : selamat , sejahtera

semasa : kontemporari, masa kini

Dari sudut istilah :

1. Al-Bahi : suatu usaha akliah bersungguh-sungguh daripada para ulama Islam untuk menghurai, menerang & ,menjelaskan Islam berdasarkan sumber Al-Quran dan al-Sunnah.

2. Yusuf al-Qardhawi : suatu eprbincangan kepada perkara ketuhanan, manusia dan alam.