Ahad, 6 Mac 2011

Taktik-taktik mempengaruhi

1. Memujuk secara rasional ( rational persuasion )

- pemimpin kemukakan alasan-alasan yang logik dan bukti-bukti yang kukuh bahawa mengubah tingkahlaku akan menjamin objektif akan tercapai.

- tidak ada ganjaran yang jelas dijanjikan, tetapi rasa positif & berjaya bila objektif dapat dicapai.

- sesuai dgn pengikut yang mudah dipengaruhi berdasarkan pemikiran berbanding emosi.

2. Rayuan secara inspirasi ( Inspirational Appeal )

- pemimpin mengkobarkan semangat pengikut melalui faktor-faktor yang ada dalam diri pengikut seperti sisitem nilai, idealisme & aspirasi.

- pemimpin juga menunjukkan rasa yakinnya terhadap pengikut sbg usaha meningkatkan semangat dan emosi mereka.

- tiada ganjaran yang jelas dijanjikan , hanya ras apositif bila ibjektif dicapai.

- sesuai dgn mereka yang mudah dipengaruhi berdasarkan pemikiran bukan emosi.

3. Berunding atau meminta pendapat ( Consultation )

- Pemimpin menunjukkan tingkahlaku berpusatkan kerja dan pengikut yang tinggi untuk mencapai objektif.

- taktik ini dugunakan untuk mendapatkan komitmen.

4. Mengampu ( Ingratiation )

- beramah mesra dgn pengikut dan memuji mereka sebelum meminta mereka melakukan sesuatu kerja.

5. Pendekatan peribadi ( personal appeal )

- rayuan berdasarkan kesetiaan atau persahabatan utk mencapai objektif.

6. Pertukaran ( exchange )

- Pemimpin tawarkan ganjaran kerana menolong beliau mencapai objektif yang ditetapkan.

7. Perikatan / gabungan ( coalition )

- pemimpin menggunakan pertolongan orang lain untuk memujuk pengikut mencapai objektif.

8. Autoriti sah ( Legitimization )

- pemimpin bergantung kepada autoriti sah dari dalam organisasi untuk memberi arahan yang munasabah dan pengikut perlu mematuhinya.

9. Tekanan ( pressure )

- berikan amaran & ugutan tentang tidakan disiplin

- tegas memberi peeingatan berulang-ulang.

- sentiasa memantau kemajuan kerja

- sesuai digunakan terhadap pengikut yang kematangannya rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan