Tersedar aku dari lena
Tatkala asar menjengah maghrib
Lantas aku menjenguk ke luar sana
Langit petang kelihatan tenang
Mataku mencari di sekeliling kamar
Kelibat manusia bernama teman
Pandanganku kosong tanpa dia disitu
Sedarlah aku rupanya aku sendirian
Lantas hati terasa sebak
Merasa sendirian dalam kehidupan
Akukah sebenarnya yang ditinggalkan teman
Atau akukah yang berkecuali dalam kehidupan
Jam tangan kucapai untuk melihat waktu
Rupanya asar dah lama bermula
Sebentar lagi maghrib pula menjelma
Kefardhuan Asar masih belum kulaksana
Syukur aku kepada Tuhan
Kerana masih lagi diberi kesempatan
Untuk kutunaikan segala kefardhuan
Sedangkan yang lain masih lagi lena
Dan terus lena tanpa disedarkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan