Khamis, 31 Disember 2009

Ikhlas Buatmu Teman

Pabila sahaja hatimu berduka
Dan airmata mula mengalir
Pejamkanlah matamu..Kerna
Pandangan mata seringkali menipu
Renunglah dengan mata hatimu
Siapa dia insan bernama teman
Yang ikhlas menemanimu
Sedarilah..
Sahabat itu bukanlah yang mendampingimu
Sahabat itu adalah aku
Yang masih disini
Terus setia menemanimu
Walau tidak bersua muka
Walau tidak bersapa mesra
Namun kasih dan kesetiaan
Ku ukir indah pada sebuah doa
Tuhan..satukan hati kami kerana cinta kepadaMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan