Ahad, 7 Mac 2010

Program Motivasi Jabatan Syariah

Sebulan yang lalu, iaitu pada 7 februari 2010, saya telah menghadiri program motivasi Jabatan Syariah di Bilik senat, Bangunan Canselori,UKM (wah,macam dalam parlimen).Program ini dianjurkan oleh para pensyarah di Jabatan Syariah.Rasa sangat terharu kerana para pensyarah di Jabatan Syariah sanggup turun padang semata-mata untuk memberi tunjuk ajar pada anak-anak didiknya iaitu para mahasiswa tahun 1.2.dan 3, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam,UKM.

Firstly,program hari tu dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof.Nasran bin Mohammad.Dalam ucapan perasmiannya,beliau sempat menyatakan tujuan program motivasi tersebut dianjurkan iaitu untuk merapatkan ukhwah antara mahasiswa dengan para pensyarah. Kami selaku pelajar berasa amat terharu dan menyokong usaha ini. Hakikatnya,ukhwah antara pelajar syariah dengan para pensyarah syariah adalah rapat dimana pensyarah-pensyarah sentiasa prihatin terhadap kami dan sentiasa dedikasi dalam memberi tunjuk ajar.

Beliau juga sempat mengingatkan bahawa sesebuah persatuan mahasiswa sama ada fakulti atau jabatan sebenarnya bertanggungjawab sebagai jurucakap atau penghubung antara para mahasiswa dengan pihak atasan.

Seterusnya, ceramah motivasi disampaikan oleh seorang pensyarah dan juga seorang penceramah yang hebat, Us. Izhar Ariff bin Mohd. Kashim. Antara pengisiannya :

1.Tiada istilah malu bertanya dalam menuntut ilmu walaupun kita telah mencapai tahap pendidikan yang tinggi.

2.Perlu tanamkan persepsi bahawa semakin banyak kita membaca,adalah bermakna semakin kita sedar bahawa banyak lagi ilmu yang tidak kita ketahui.oleh itu tiada peluang bagi sikap takbur itu berada dalam diri kita.

3.Kita mestilah menanam rasa minat pada ilmu. Di masjid terutamanya terdapat begitu banyak program ilmiah. Terpulang pada kita sahaja sama ada ingin merebutnya atau tidak.

4.Kita juga seharusnya sentiasa rapat dan bersama dengan para ilmuwan (pensyarah) supaya kita dapat berkongsi ilmu yang mereka ada.

5. Imam Ghazali ada mengatakan bahwa terdapat 2 golongan yang tertipu dengan ilmu (al-gharar) iaitu
i.Org yang sombong dengan ilmunya
ii. Orang yang malu untuk menuntut ilmu

6.Bagaimana utk melahirkan mukmin yang bersahsiah?
i. Memupuk akidah islam yang mantap dalam diri.
ii. Menjadikan al-Quran sebagai sahabat.
iii. Ikhlas dalam semua urusan khususnya dalam menuntut ilmu.
iv. Amanah dan bertanggungjawab. Bebas mengeluarkan pendapat asalkan
berasaskan kepada dalil yang kukuh.
v. Menghormati guru. Jauhi sikap sombong dan cuba hormati pandangan
orang lain.
vi. Berakhlak dengan akhlak Islam. (Menutup aurat dan memastikan
perwatakan kita berdasarkan kepada apa yang digariskan dalam
Islam).

vii. Menjaga dan menepati masa.

Khamis, 4 Mac 2010

Kembali Bersinar

Awan hitam yang suram
Kian menyelubungi hariku
Sebentar lagi hujan pasti membasahi bumi
Walau lebat mana hujan membasahi hariku
Aku tetap akan meneruskan langkahku
Sebentar lagi hujan pasti berhenti
Bebunga di halaman akan kembali mekar mewangi
Seharum sedamai kasih Ilahi
Dan mentari hariku
Kan bersinar kembali

Ahad, 14 Februari 2010

Rona Cinta

Sejauh jalan yang telah aku lalui
Selama masa yang telah aku tempuhi
Sedalam laut yang telah aku selami
Setinggi gunung yang telah ku daki

Seribu ragam telah pun aku temui
Sejuta rasa ku telan dengan berani
Namun telahkah ku kenal diri sendiri
Semuanya kan terjawab di sini

Indahnya rona cinta
Kurnia Maha Esa
Namun tak ingin ku jadi terleka
Kerana segalanya sementara

PadaMu Tuhan aku sandarkan
Cita-cita dan impianku di sini
Tapi tak mahu diri tertipu
Kerana SyurgaMu lebih indah warnanya

Setelah kenal siapa diri sendiri
Rupanya hidup pinjaman dari Ilahi
Kan tiba saat untuk ku pulangkan kembali
Bertemu rona cinta yang abadi

Sabtu, 6 Februari 2010

Analisis Lirik Nasyid

RIMBUN KEAMPUNAN - HIJJAZ

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Kukutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan kumemohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Kuanggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Kuminta diberikan sejenak kesempatan
Untukku ulangi kembali langkah pertama
Kepahitan yang kurasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkanku insan memerlukanMu oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dijiwa
Kucari kejernihan di segenap ruang maya
Masih kusedar ku sedang diperhatikanMu oh Tuhan

Khamis, 28 Januari 2010

Asar belum berakhir

Tersedar aku dari lena
Tatkala asar menjengah maghrib
Lantas aku menjenguk ke luar sana
Langit petang kelihatan tenang

Mataku mencari di sekeliling kamar
Kelibat manusia bernama teman
Pandanganku kosong tanpa dia disitu
Sedarlah aku rupanya aku sendirian

Lantas hati terasa sebak
Merasa sendirian dalam kehidupan
Akukah sebenarnya yang ditinggalkan teman
Atau akukah yang berkecuali dalam kehidupan

Jam tangan kucapai untuk melihat waktu
Rupanya asar dah lama bermula
Sebentar lagi maghrib pula menjelma
Kefardhuan Asar masih belum kulaksana

Syukur aku kepada Tuhan
Kerana masih lagi diberi kesempatan
Untuk kutunaikan segala kefardhuan
Sedangkan yang lain masih lagi lena
Dan terus lena tanpa disedarkan

Ahad, 24 Januari 2010

kerusi

salam istiqamah buat semua..

Ana ada nak cerita sikit ni,,waktu kuliah kepimpinan dan pengurusan minggu lepas,ana masuk ke dewan kuliah dan duduk di hadapan.Suasana agak riuh-rendah oleh suara hingar-bingar sahabat-sahabat lain yang baru masuk ke dewan kuliah walaupun pensyarah dah ada di hadapan.

Pensyarah ana pun cuba menenangkan keadaan. Beliau berkata "sesiapa yang dah ada kerusi tak perlu kecoh,yang perlu kecoh adalah yang masih belum dapat kerusi lagi". Ana lantas terfikir mengapa pensyarah berkata tentang hal yang remeh-temeh seperti itu.

Pensyarah ana berkata lagi "bagi sesiapa yang dah dapat kerusi,buat yang terbaik selaku orang yang ada kerusi"..Ana terfikir lagi,tentu ada sesuatu disebalik kata-kata pensyarah itu tadi.

Apa yang dapat ditanggap oleh akal ana yang lemah ini adalah kita perlulah berjuang untuk menjadi pemimpin yang terbaik. Sekiranya kita berjaya mendapat sesuatu kedudukan, maka kita perlu menunaikan sebaik-baiknya amanah yang diberi.

Khamis, 21 Januari 2010

JUJUR OR MUNAFIQ?

SALAM BUAT SEMUA,,

SEBAGAI TITIPAN PERTAMA BAGI TAHUN INI,,ANA NAK BERCAKAP SEDIKIT TTG APA YANG ANA FIKIRKAN.SIANG TADI,SEWAKTU KULIAH USUL FIQH,USTAZ ANA ADA BAGI SEDIKIT NASIHAT BUAT RENUNGAN. USTAZ ANA BERCERITA TTG SIFAT JUJUR,PERASAAN JUJUR ATAUPUN SIKAP KEJUJURAN YANG SEPATUTNYA ADA DALAM DIRI KITA.

1. SEBAGAI HAMBA ALLAH....KITA SEPATUTNYA JUJUR PADA TUHAN,DALAM KATA LAIN KITA PERLU IKHLAS PADA TUHAN.MARI KITA SEMAK DIRI KITA,JIKA BENAR KITA IKHLAS DAN JUJUR PADA TUHAN,IBADAH YANG KITA LAKUKAN PADANYA SEPATUTNYA BENAR-BENAR MENDEKATKAN KITA KEPADANYA.IBADAH SEMAKIN BERTAMBAH,IMAN SEMAKIN TEGUH,TAQWA SEMAKIN MENINGKAT,RASA BERTUHAN SEMAKIN MENEBAL DAN MEMGIRINGI SETIAP HELAAN NAFAS KITA.TETAPI,SEANDAINYA HARI KE HARI KITA SEMAKIN JAUH DARIPADANYA,SEMAKIN MELUPAKANNYA,TENTUNYA ADA SESUATU YANG TAK KENA.MAKA,SUATU KOREKSI DIRI PERLU DILAKUKAN.

2. SEBAGAI SEORANG ANAK....SEBAGAI SEORANG ANAK PASTINYA KITA MENJADI HARAPAN KELUARGA.PADA KITA DISANDARKAN HARAPAN DAN DOA AYAH IBU YANG SANGAT MENGHARAPKAN KEJAYAAN KITA. MENGHARAPKAN ANAKNYA AKAN MENJADI ORANG YANG BERILMU DAN DAPAT MEMANFAATKANNYA. IBU DAN AYAH PASTINYA SENTIASA MEMBERI PESANAN KEPADA KITA "BELAJAR BAIK-BAIK YE NAK".KITA PUN SERAYA MENJAWAB "YE MAK,ANGAH AKAN BELAJAR BAIK-BAIK".TANPA KITA SEDAR,DISINI BERLAKUNYA SUATU "JANJI". PERSOALANNYA,SEJAUH MANA KITA BENAR-BENAR BERPEGANG PADA JANJI KITA.MUNGKIN MEMANG BENAR KITA MENGHADIRI KULIAH ,TUTORIAL ATAU SEBAGAINYA.NAMUN,SEJAUH MANA KITA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MENUNTUT ILMU. SEBAGAI CONTOH,ASSIGNMENT YANG TELAH LAMA DIBERI OLEH PENSYARAH.ADAKAH KITA SEDANG ATAU TELAH BENAR2 MENGUSAHAKAN UNTUK MELENGKAPKANNYA?
SEKIRANYA KITA MASIH BELUM MULA MENYIAPKANNYA ATAU SAMBIL LEWA,INI BERMAKNA KITA MASIH BELUM IKHLAS DALAM MENUNTUT ILMU,KITA MASIH TIDAK JUJUR PADA AMANAH IBUBAPA,KITA MASIH BELUM BERPEGANG PADA JANJI KITA.

AGAK BANYAK BERCELOTEH,ANA TINGGALKAN ANTUM DENGAN PERSOALAN INI.JUJURKAH KITA? ATAU KURANG JUJURKAH KITA?.NAMUN, ADA YANG MENGATAKAN JUJUR ITU ADALAH JUJUR YANG SEBENAR-BENARNYA.MAKA,SELAIN DARIPADA JUJUR ITU ADALAH DUSTA.MANAKALA,DUSTA ITU ADALAH SIKAP ORANG MUNAFIQ.WALLAHU A'LAM.