Khamis, 4 April 2013

Nak share sikit....

hari ni saya baca satu blog orang lain.... dan saya selalu jugak tengok youtube yang dia buat.... walaupun santai, tp byk makna dan banyak idea baru lagi bernas untuk kita. kemudian , saya teringat pulak tentang kewujudan blog saya.. yang dah lama bersawang lelabah ni...hehe.. better saya isi dgn post-post yang bermanfaat... betul x?... So, here we begin.... Arahan Amalan JKSM No.1 Tahun 2003 Penggunaan Lafaz Sumpah Istizhar dalam kes Mal. Nak dijadikan cerita, ini adalah Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh JKSM...(Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).. bagi yang tak tahu tu, Arahan amalan ni sama macam pekeliling la yang dikeluarkan oleh sesuatu jabatan/organisasi tu untuk memberi panduan jelas tentang pelaksanaan apa-apa arahan la.... ,senang citer, dia mcm satu guideline la... So, saya nak bawa korang semua untuk tahu dan faham tentang isi kandungan atau pun intipati Arahan Amalan tersebut yang bunyinyerr camni.... "JKSM menerimapakai amalan penggunaan sumpah istizhar dalam kes mal dengan ketidakhadiran Defendan dan Mahkamah telah mendengar semua keterangan dan hujah Plaintif dan sebelum membuat keputusan Mahkamah hendaklah memerlukan Plaintif mengangkat sumpah istizhar" Jadi apa yang perlu kita faham ialah : Dalam kes-kes di Mahkamah Syariah di Malaysia, adakalanya terdapat kes dimana pihak Defendan tidak hadir atau memang dah ghaib tanpa berita..dah cuba track pun xjumpa jugak.... Dalam keadaan camnie, Plaintif boleh memohon kepada Mahkamah supaya membuat penghakiman kerana ingkar. (Judgement in Default). Berhubung Ketidakhadiran Defendan, ia dah diperuntukkan dalam seksyen 121 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Senang cerita, kalau Plaintif failkan kes, then Defendan memang tak datang, atas sebab ghaib, atau saja sorokkan diri ke,,,,memang enggan ke...jadi, Hakim boleh je putuskan kes sebagaimana yang dipohon oleh Plaintif. Tapi ada prosedurnya jugak la,,,, First, Mahkamah perlu mendengar dahulu semua keterangan dan hujah Plaintif terlebih dahulu... lepas tu Mahkamah perlu arahkan Plaintif melafazkan sumpah istizhar .. Lepas Plaintif sumpah istizhar , so baru mahkamah leh berikan keputusan..